Sunday, September 23, 2007

Dia Yahudi

SEBAIK sahaja menjejakkan kaki di kafeteria bangunan Marquette University Alumni Union, bebola mata Salehuddin liar mencari sesusuk tubuh milik David Robbins. Entah apa sebabnya David ingin berjumpa dengannya, Salehuddin sendiri kurang pasti.

Semalam, selepas tamat kuliah Middle Eastern History, David Robbins menahan Salehuddin di luar pintu. Katanya, dia ingin berbicara dengan Salehuddin pada esok hari di kafeteria ini pada jam 2.30 petang. Macam mustahak sangat bunyinya. Salehuddin menerima pelawaan itu, walaupun dia hanya mengenali David Robbins sebagai salah seorang teman sekuliahnya.

David masih belum tiba lagi. Jam di tangan menunjukkan pukul 2.20 petang. Mungkin David sedang dalam perjalanan ke sini. Salehuddin berjalan menuju ke kaunter makanan dan minuman. Perutnya terasa sangat lapar. Suhu musim salju yang terlampau dingin di Milwaukee membuatkan perut sering menjerit minta diisi.
Setelah membayar harga makanan dan minuman, Salehuddin memilih untuk duduk di meja yang berhampiran dengan kaunter bayaran supaya mudah David mencarinya nanti.

Roti sandwich berinti tuna disuap ke dalam mulut. Walaupun sudah lebih setahun bermukim di negara ini, anak tekak Salehuddin masih mengidamkan teh tarik, roti canai dan nasi lemak. Bila berada di perantauan, kita akan merindui makanan dan minuman yang selalu kita makan di negara asal. Cuma tinggal lapan bulan sahaja lagi sebelum Salehuddin tamat pengajian dan pulang ke tanah air.

Salehuddin tidak sedar entah bilakah masanya David Robbins sampai. Tahu-tahu sahaja, lelaki muda bertubuh tinggi lampai dan berusia pada awal dua puluhan itu sudah berdiri tercegat di hadapannya.
"Maafkan aku kerana terlewat. Lama kau menunggu?" kata David. Dia menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan Salehuddin.

"Tak mengapa. Aku yang sampai terlalu awal," balas Salehuddin sambil menyambut tangan David.

"Aku kebuluran. Seharian perutku tidak diisi. Jadualku pada hari ini begitu padat. Aku harap kau tidak kisah menunggu di sini sebentar. Aku ingin membeli makanan dan minuman," kata David.

Salehuddin mengangguk sebagai tanda bersetuju. Selang beberapa minit kemudian, David kembali dengan membawa dulang yang berisi sekeping pizza pepperoni bersaiz kecil dan segelas besar air Coca-Cola. Salah satu makanan ruji rakyat Amerika.

"Kau mahu sepotong?" David menawarkan sepotong pizza kepada Salehuddin.

"Tak mengapa, aku sudah kenyang. Lagipun, aku tak makan daging khinzir."

"Mengapa?" tanya David. Kehairanan jelas terbayang di wajahnya.

"Agamaku melarang penganutnya memakan daging khinzir. Aku orang Islam."

"OK," kata David.

"Firasat aku kuat mengatakan kau bukan berasal dari negara ini.” Mulutnya cergas mengunyah pizza.

“Ya. Aku berasal dari Malaysia. Kau pernah dengar tentang Malaysia?"

"Aku mungkin pernah mendengar satu dua perkara tentang negara asalmu. Tetapi aku kurang pasti di mana lokasi Malaysia dalam peta dunia."

"Sebuah negara yang terletak di antara Thailand di sebelah utara dan Singapura di sebelah selatan," jelas Salehuddin. Itulah jawapan yang biasa diberikan setiap kali orang di sini bertanya di mana letaknya Malaysia.

Aneh. Kebanyakan orang Amerika tahu di mana letaknya Singapura dan Thailand, tetapi tidak tahu di mana letaknya Malaysia. Mungkin mereka sengaja tidak mahu ambil tahu.

"Sekarang baru aku tahu," kata David.

Coklat panas yang masih berbaki separuh cawan dihirup oleh Salehuddin sehingga habis.

"Kau tahu, gaya penulisan kau memang menarik. Tak hairanlah dalam kelas semalam Dr Stevens memuji esei yang kau tulis. Jika orang tidak tahu, mungkin mereka sangka engkau ialah seorang rakyat Amerika. Mungkin kau patut mempertimbangkan kerjaya dalam bidang penulisan selepas menerima ijazah nanti," kata David.

Dr Stevens memberikan Salehuddin gred A bagi esei yang bertajuk Jewish Occupation in Palestine. Sebelum kuliah dimulakan, Dr Stevens mengagih- agihkan salinan esei itu kepada setiap pelajar di dalam kelas. Tentu David telah membaca esei itu.

"Terima kasih, pujian kau terlalu melambung tinggi. Aku perlu berfikir banyak kali jika ingin bergiat dalam bidang penulisan. Itupun kalau aku sanggup hidup dalam kebuluran," kata Salehuddin.

Sambungnya lagi, "Namun, aku percaya Dr Stevens lebih mementingkan isi kandungan berbanding dengan gaya penulisan."

"Aku kurang bersetuju. Padaku, kau tidak menjalankan kajian yang terperinci semasa menulis esei itu. Hujah- hujahmu berat sebelah. Tajuk eseimu jelas membayangkan bangsa Yahudi yang sepatutnya dipersalahkan kerana menduduki bumi Palestin." Salehuddin terkejut dengan kata-kata David.

"Aku menulis tentang perkara yang sebenarnya berlaku di Palestin. Aku menulis esei itu setelah menjalankan kajian yang terperinci. Apa yang aku tulis adalah fakta, bukannya khayalan. Memang benar bangsa Yahudi yang menceroboh Palestin dan mendudukinya secara haram. Memang benar Israel yang menjadi punca kepada segala konflik dan ketegangan di Timur Tengah. Tidak keterlaluan jika aku katakan bangsa Yahudi juga bertanggungjawab di atas suasana kacau-bilau dan huru-hara yang melanda dunia dari dulu sampai sekarang."

David kelihatan seperti tidak senang duduk. Dia membalas hujah Salehuddin, "Bangsa Yahudi memang berhak untuk menubuhkan negara Israel. Setelah sekian lama kami hidup berkelana di negara-negara lain, kami ingin kembali ke tanah asal kami. Tanah yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada bangsa Yahudi. Kami bukan penceroboh."

Kami? Salehuddin berasa pelik bila mendengar David menyebut perkataan kami. Yahudikah dia? Jika benar dia Yahudi, mengapa pula nama keluarganya lebih mirip kepada nama keturunan Anglo?

"Maafkan aku, David. Tadi aku terdengar kau menyebut perkataan kami. Apakah engkau seorang Yahudi?" Salehuddin bertanya untuk mendapatkan kepastian.

"Benar, aku memang seorang Yahudi. Apa engkau ada masalah dengan hakikat itu?"

"Tidak. Tetapi nama keluargamu seperti menggambarkan engkau berketurunan Anglo."

David ketawa. "Untuk pengetahuan kau, nama asal keluargaku ialah Rabinovich. Datukku berasal dari Russia. Selepas meletusnya Revolusi Bolshevik, datukku berhijrah ke Amerika Syarikat. Di sini dia menukar nama keluargaku kepada Robbins. Dalam Bahasa Ibrani, nama keluargaku ialah Rabin," jelas David.

Salehuddin faham kini. Dia pernah terbaca tentang kecenderungan orang Yahudi menyesuaikan nama keluarga mereka mengikut negara di mana mereka tinggal dalam buku yang bertajuk The Complete International Jew tulisan Henry Ford.

Sama ada di Russia, Jerman, Great Britain, Amerika Syarikat atau Perancis, nama keluarga mereka mirip dengan nama-nama keluarga yang telah sedia ada di negara-negara tersebut. Jika berhijrah ke Israel, mereka akan kembali menggunakan nama keluarga dalam Bahasa Ibrani.

"Aku keliru. Jika kau seorang Yahudi, mengapa engkau memakan daging khinzir? Bukankah orang Yahudi hanya boleh mengambil makanan yang kosher sahaja?" Salehuddin bertanya.

"Kosher mosher. Aku hanya Yahudi pada keturunan. Aku tidak lagi berpegang teguh pada ajaran agama dan cara hidup Yahudi," kata David.

"Baiklah, David. Itu hak engkau. Di sini negara bebas. Berbalik kepada topik pencerobohan bangsa Yahudi di Palestin. Aku ingin bertanya satu soalan kepada engkau: Apakah yang akan engkau lakukan jika engkau mendapati rumah engkau dicerobohi oleh seseorang yang tidak engkau kenali?"

"Sudah tentu aku akan mengusirnya. Jika perlu, aku akan gunakan kekerasan. Jika penceroboh itu dirasakan boleh mengancam nyawaku, aku akan meminta bantuan polis," jawab David.

"Tidakkah engkau pernah terfikir rakyat Palestin juga sedang dan telah melakukan perkara yang serupa? Apakah kau berharap mereka akan sekadar berdiam diri bila orang Yahudi merampas tanah air mereka? Apakah kau fikir mereka akan melihat sahaja bila askar-askar rejim Zionis Israel menembak ahli keluarga dan membedil rumah mereka? Kau ingat mereka akan bersorak-sorai gembira bila Amerika Syarikat membantu Israel memerangi Fatah dan Hamas?"

"Kau bercakap tentang dua senario yang sangat berbeza. Aku berhak mempertahankan hak aku sebagai seorang individu. Undang-undang mengatakan begitu. Tetapi lain dengan rakyat Palestin. Mereka melakukan keganasan. Mereka menyokong kumpulan pengganas. Pengganas tiada hak di sisi undang-undang," David masih ingin menegakkan benang basahnya.

"Kau tersilap, David. Setiap rakyat Palestin berhak untuk mempertahankan haknya sebagai seorang individu. Sama seperti kau dan aku. Tidak salah mereka berjuang untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa mereka."

"Bagaimana dengan serangan bom berani mati di tempat-tempat awam? Mengapa mereka menafikan hak orang Yahudi untuk hidup dengan aman di atas tanah yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami? Tidakkah mereka tahu sebagai umat pilihan, kami yang lebih berhak untuk menguasai Jerusalem?" soal David bertalu-talu.

"Umat pilihan? Apa hak kamu untuk mengakui bangsa Yahudi ialah umat pilihan sedangkan kamu semua ingkar dengan perintah Allah SWT? Bani Israil menentang nabi-nabi dan rasul-rasul yang diturunkan oleh Allah. Bani Israel tidak mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul yang terakhir kerana baginda berbangsa Arab dan bukannya berbangsa Yahudi seperti yang nenek moyang kamu ramalkan. Dan lihat pada diri kamu sendiri. Hidup kamu sudah jauh menyimpang daripada ajaran agama Yahudi."

David kelihatan seperti ingin mencelah, tetapi Salehuddin cepat-cepat memintas, "Nanti dulu, David. Aku belum habis bercakap lagi. Tidakkah engkau pernah terfikir yang intifada dan serangan bom berani mati tidak akan berlaku sekiranya orang Yahudi tidak menceroboh bumi Palestin? Dalam erti kata yang sebenar, orang Yahudi yang sepatutnya dilabel sebagai pengganas."

"Ah! Kamu goyim memang sama sahaja. Kamu tidak pernah mengerti niat baik kami. Fikiran kamu cetek. Dangkal. Akal goyim serupa sahaja dengan akal lembu," David membentak. Dia masih tidak berpuas hati.

"Bangsa kamu terlalu sombong dan bongkak. Orang Yahudi fikir mereka segolongan manusia yang terunggul. Orang bukan Yahudi kamu samakan dengan haiwan!" nada suara Salehuddin semakin meninggi.

Muka David merah padam. Marah benar dia pada Salehuddin. "Walau apa pun yang kau katakan, aku tetap tidak akan bersetuju. Tahukah engkau, telah begitu lama bangsa Yahudi dihina dan menderita. Kami disembelih dan diseksa. Semuanya kerana kami tidak mempunyai sebuah negara yang boleh mempertahankan kedaulatan bangsa kami."



"Malang sekali harga yang perlu dibayar untuk menubuhkan negara Israel ialah air mata dan darah rakyat Palestin."

"Itu semua pengorbanan yang mesti dilakukan untuk merealisasikan cita-cita murni kami. Lagipun, kami percaya darah goyim halal untuk ditumpahkan. Kami hanya ingin mewujudkan utopia di dunia yang diperintah oleh seorang Raja Agung yang berbangsa Yahudi. Penubuhan negara Israel merupakan langkah pertama," kata David.

"Aku benar-benar tak faham. Kata kamu, bangsa Yahudi ingin mewujudkan dunia yang makmur dan sentosa. Bagaimana kamu akan melakukannya sedangkan kamu sebenarnya hanya membuat kerosakan dan mendatangkan huru-hara di muka bumi ini? Bagaimana boleh timbul kebaikan daripada kebinasaan dan kesengsaraan?" bidas Salehuddin. Degil betul Yahudi seorang ini. Sayang, degilnya tak bertempat.

"Kamu tidak akan dapat memahaminya. Tidak tercapai oleh pemikiran seorang goyim seperti kamu. Kami percaya tidak salah jika kami menggunakan cara yang kotor untuk mencapai matlamat yang baik. Yang penting ialah matlamat itu sendiri. Bukannya cara untuk mencapainya."

"Jika permulaannya buruk, sudah tentu penghujungnya buruk juga."

"Persetankan dengan hujah-hujah kamu. Aku sudah penat bertekak dengan goyim seperti kamu ini. Bila tiba masanya nanti, kamu semua akan mengerti dan akan berterima kasih kepada bangsa Yahudi!" tegas David.

David bingkas bangun dan beredar dari situ. David Robbins @ Rabinovich @ Rabin, seorang lelaki muda Amerika yang berketurunan Yahudi, pergi begitu sahaja tanpa menyambut tangan yang dihulurkan oleh Salehuddin, seorang lelaki muda Malaysia yang beragama Islam.

Salehuddin tidak mungkin dapat melupakan peristiwa itu selagi ada hayatnya. Bagaimanapun tidaklah sampai mematahkan semangatnya memperjuangkan kebenaran. Malahan api perjuangan semakin marak dengan menjelangnya bulan Ramadan yang akan disambut umat Islam seluruh dunia. Simpatinya kepada rakyat Palestin melimpah ruah. Tekadnya bulat kini, Yahudi perlu disingkirkan dari Palestin, meskipun tidak diketahui bila keinginan itu akan menjadi kenyataan.

Petikan Dari:Berita Harian
Biodata: SAMARAN HUSAINI

Wednesday, September 19, 2007

Mencari ilmu bagi kaum wanita

Barangsiapa menghilangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dunia yang diderita oleh seorang mukmin, maka kelak pada hari Kiamat Allah akan menghilangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan akhirat yang dideritanya. Barangsiapa yang memudahkan orang yang sedang berada dalam suatu ke-susahan, maka Allah akan memudahkannya, baik di dunia maupun di akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya. Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke Surga. Dan tidaklah orang-orang berkumpul pada salah satu dari rumah-rumah Allah Ta’ala (masjid-masjid), sedang mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka melainkan akan turun ketenangan kepada mereka serta diliputi oleh rahmat dan mereka akan dikelilingi oleh para Malaikat.

Kisah ibu yang mengingkari anaknya

Dikisahkan pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab, terdengar teriakan seorang anak muda di kota Madinah. Ia berkata: “Adakah orang yang paling adil di sini? Orang yang dapat memutuskan perkaraku dengan ibuku”.
Umar bin Khatthab menghampirinya dan berkata: “Wahai pemuda! Mengapa engkau ingin mengajukan perkara melawan ibumu?
Ia menjawab: “Sebelumnya aku berada di dalam tubuh ibuku selama sembilan bulan. Ia juga yang menyusui aku selama dua tahun. Ketika aku mulai beranjak dewasa; dapat membedakan kebaikan dari keburukan dan mana yang benar dan salah, ia mencampakkan aku. Ia mengaku tidak mengenal diriku”.
Umar kemudian bertanya kepada wanita itu: “Wahai wanita! Benarkah apa yang diucapkan oleh pemuda ini?”
Wanita itu menjawab: “Demi Zat yang bertirai cahaya. Tidak ada mata yang dapat melihat-Nya. Demi kebenaran yang dibawa oleh Muhammad saw. Aku tidak punya anak dan aku tidak mengenalnya. Aku tidak tahu dia dari kabilah mana. Ia hanya seorang pemuda yang ingin merusak kehormatanku di tengah-tengah keluarga dan familiku. Aku seorang wanita Quraish. Aku belum pernah kawin”.

Umar bertanya kepadanya: “Apakah engkau memiliki saksi?”
Ia menjawab: “Iya, mereka ini adalah saudara-saudaraku”. Datang sekitar empat puluh orang dari keluarganya yang siap untuk bersumpah. Di hadapan umar mereka kemudian bersumpah bahwa si pemuda hanya berniat untuk merusak kehormatan wanita ini. Wanita ini dari keturunan Quraish dan belum menikah sekalipun.
Umar bin Khatthab memerintahkan pengawalnya untuk membawa si pemuda ke penjara. Dan selama ia dipenjara para saksi yang telah bersumpah tadi harus diperiksa lebih lanjut. Bila kesaksian mereka benar, maka si pemuda harus dihukum sebagai orang yang telah melakukan kebohongan yang mencemarkan nama baik orang lain.
Ketika mereka bergerak membawa si pemuda, mereka berpapasan dengan Imam Ali bin Abi Thalib. Si pemuda langsung berteriak lantang memohon kepada Imam Ali:
“Wahai anak paman Rasulullah! Aku seorang pemuda yang teraniaya”. Ia kemudian mengulangi ucapan yang telah disampaikan di hadapan Umar. Kemudian ia melanjutkan: “Umar memerintahkan pengawal agar menjebloskan aku ke penjara”.
Imam Ali menjawab: “Balikkan ia ke Umar!”
Ketika si pemuda dibawa ke hadapan Umar, Khalifah Umar kemudian bertanya kepada mereka: “Aku memerintahkan kalian untuk menjebloskannya ke penjara, mengapa sekarang kalian membawanya kembali ke hadapanku?”
Mereka menjawab: “Ali bin Abi Thalib yang memerintahkan kepada kami untuk membawanya ke hadapanmu. Mengapa kami mengikuti perintahnya? Karena engkau pernah berkata bahwa ikuti apa saja yang diperintahkan oleh Ali dan jangan menentangnya”.
Ketika mereka masih bercakap-cakap, Imam Ali datang menghampiri mereka.
Ia berkata: “Hadapkan ibu si pemuda ini!”
Mereka lantas menghadirkan kembali ibu si pemuda.
Imam Ali berkata: “Wahai pemuda! Sampaikan apa yang hendak engkau ucapkan!”
Si pemuda mengulangi apa yang telah disampaikannya sebelumnya.
Imam Ali kemudian berkata kepada Umar: “Apakah engkau memberi aku izin untuk mengadili mereka?”
Umar menjawab: “Subhanallah, mengapa tidak. Aku pernah mendengar dari Rasulullah saw bahwa “Yang paling alim dan mengetahui di antara kalian adalah Ali bin Abi Thalib”.
Imam Ali kemudian berpaling kepada wanita dan bertanya: “Apakah mereka ini adalah saksi-saksimu?”
Wanita itu menjawab: “Iya, mereka adalah saudara-saudaraku”.
Imam Ali bertanya kepada saudara-saudaranya: “Apakah kalian menerima aku menghukumi urusan kalian antara kalian dan wanita ini?”
Mereka serempak menjawab: “Iya, wahai anak paman Rasulullah. Engkau menjadi wakil yang menghukumi antara kami dan saudari kami”.
Imam Ali kemudian berkata: “Aku bersaksi di hadapan Allah dan aku bersaksi di hadapan orang-orang yang hadir saat ini. Aku telah menikahkan pemuda ini dengan wanita ini dengan mas kawin sebesar empat ratus dirham dari uangku sendiri. Wahai Qanbar (pelayan Imam Ali), Ambilkan uangku!” Qanbar membawa uang Imam Ali dan meletakkannya di tangan si pemuda.
Imam Ali melanjutkan: “Ambillah uang itu wahai pemuda! Berikan uang ini kepada wanita itu. Jangan engkau menghadapku kecuali telah mandi junub”.
Si pemuda bangkit dan memberikan uang mas kawinnya kepada wanita itu. Kemudian ia mengajak wanita itu untuk meninggalkan tempat tersebut. Ia berkata: “Wanita ini telah menjadi keluargaku”.
Si wanita tiba-tiba berteriak: “Neraka, neraka, wahai anak paman Muhammad! Apakah engkau ingin aku mengawini anakku sendiri? Pemuda ini adalah anak dari suamiku. Saudara-saudaraku memaksaku untuk kawin dengan seseorang. Setelah aku melahirkan anakku dan setelah ia menjadi dewasa, mereka mengancamku agar mengusirnya dan tidak mengakuinya sebagai anak. Demi Allah! dia adalah anak dan jantung hatiku”.
Ibu itu kemudian menarik tangan anaknya dan pergi dari tempat itu.
Setelah peristiwa itu Imam Ali hanya berucap: ”Allahu Akbar! Shadaqa Khalilii Muhammad”, yang artinya: Allah Maha Besar! Sungguh benar kekasihku Muhammad SAW”. Beliau sering mengucapkan perkataan seperti ini setelah memecahkan sebuah masalah. Perkataan yang menyiratkan bahwa sebenarnya beliau telah diberi tahu mengenai berbagai hal oleh Rasulullah SAW semasa hidupnya, yaitu sebagai pintu kota ilmu Rasulullah SAW.

RamaDhAn kaRiEm....

Wahai Ramadhan
Bulan yang berkah dan berbahagia
Bagi mereka yang menyucikan diri
Memenuhi segala kewajipan ilahi
Kami kini menuju kepada-Mu
Membawa harapan membersihkan diri
Daripada segala dosa-dosa yang lalu

Salam sejahtera buat-Mu rasul yang terpuji
Pertunjuk sunnah-Mu menjadi panduan diri
Kami akan melalui madrasah Ramadhan kali ini

Moga darinya kami berjaya melawan nafsu sendiri
Akhirnya mampu turun berjihad menongkah arus jahiliyyah
Menawan syaitan dan semua musuh keji
Menegakkan syariat Allah di bumi sendiri

Thursday, September 6, 2007

Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat





Tudung nipis, baju singkat, seluar ketat



“Bicara kali ini tentang batas aurat, Terutama sekali bagi muslimat, Kerana kelihatan dalam masyarakat, Dibuang Islam dijauhi adat.

Yang kelihatan pada remaja,
Batas aurat tidak diambilkira,
Pakaian tersalut ditubuh tak terjaga,
Tanpa malu, silu dan dosa
Tudung nipis terbayang rambut,
Atau rambut terjulur kerana singkat,
Kain dililit kepala pakai ikat,
Jambul tertonjol rasa hebat.
T-shirt menjadi kegemaran,
Nampak ketiak tiada lengan,
Bulu roma jelas kelihatan,
Parut dan tahi lalat bertebaran.
Baju sendat tertonjol dada,
Sepatutnya dilabuh berlaku tiada,
Lelaki melihat menempa dosa,
Menjadi fasiq mudah sahaja.
Seluar ketat menjadi pakaian,
Tak beza lelaki dan perempuan,
Terutama jeans pudar jadi pilihan,
Sarung nangka pun boleh tahan
Apa jadi dengan remaja,
Islam namanya, iman tiada,
Perintah Tuhan buat bersahaja,
Larangan Allah buat selamba,
Allah murka Syaitan senang,
Nabi kata: ‘Perempuan berpakaian tapi bertelanjang’
Ada baju tak cukup benang,
dihumban ke neraka cukup malang.
Saya hanya boleh menasihat,
Kepada remaja dan muslimat,
Ikut Islam akan selamat
Ikut syaitan akan dilaknat.


Dipetik Dari : http://ms.wordpress.com/tag/fikir-fikir/




DIANTARA AMALAN UNTUK MEMAKMURKAN RAMADHAN


Diantara Amalan Untuk Memakmurkan Ramadhan

Oleh: Abdullah Saleh Hadrami

Memperbanyak Membaca Al-Qur’an dengan Tadabbur
Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an oleh karena itu kita dianjurkan untuk memperbanyak membaca Al-Qur’an pada bulan tersebut dengan tadabbur (penghayatan) dan berusaha untuk mengamalkannya.

Disebutkan dalam riwayat sahih bahwa Malaikat Jibril –Alaihis Salam selalu datang pada bulan Ramadhan mengajarkan Al-Qur’an kepada Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam dan pada akhir hayat Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam Malaikat Jibril –Alaihis Salam datang dua kali untuk mengajarkan Al-Qur’an kepada Beliau.
Demikianlah yang dilakukan para Salaf As-Saleh, yaitu memakmurkan Ramadhan dengan Al-Qur’an. Az-Zuhry –Rahimahullah apabila telah masuk bulan Ramadhan mengatakan: “Ini adalah bulan membaca Al-Qur’an dan memberi makan (orang yang membutuhkan)”.
Imam Malik –Rahimahullah apabila masuk bulan Ramadhan meninggalkan membaca hadis dan majelis-majelis ilmu dan beliau menghadap secara penuh kepada Al-Qur’an dengan membacanya dari mushhaf.

Memelihara Shalat Sunnah Rawatib
Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Tiadalah seorang hamba muslim yang shalat karena Allah setiap hari dua belas raka’at, (shalat) thathawwu’ (sunnah) bukan fardhu, melainkan Allah membangunkan untuknya rumah di surga.” (HR. Muslim)

Mengerjakan Shalat Dhuha
Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Shalat Dhuha adalah Shalatul Awwaabiin (shalatnya orang-orang yang selalu kembali kepada Allah).” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi dengan sanad sahih)

Bersedekah
Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Shadaqatus Sirr (sedekah yang dilakukan sembunyi-sembunyi) memadamkan kemarahan Rabb.” (HR. Al-Baihaqi dengan sanad sahih)

Memberi Makan Orang Yang Puasa
Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: "Barangsiapa memberi buka orang yang puasa, ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun." (HR. Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dengan sanad sahih)

Berdzkir Setelah Shalat Subuh Sampai Matahari Terbit lalu Shalat Dua Rakaat
Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Barangsiapa shalat Subuh berjamaah kemudian duduk berdzikir kepada Allah sampai Matahai terbit kemudian shalat dua rakaat, hal itu baginya seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna.” (HR. At-Tirmidzi dengan sanad sahih)

Memperbanyak Berdzikir
Abu Hurairah –Radhiallahu ‘Anhu meriwayatkan, Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Barangsiapa mengucapkan

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ لَهُ اْلمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

(Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pula segala pujian.Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu) Dalam sehari seratus kali, Niscaya ucapannya itu menyamai pahala membebaskan sepuluh budak. Juga, ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapus darinya seratus kejelekan. Juga, dalam sehari itu dia dijaga dari setan sampai sore harinya. Tidak ada seorang pun yang mengamalkan sesuatu yang lebih baik darinya selain seseorang yang mengucapkan lebih banyak darinya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Jabir –Radhiallahu ‘Anhu meriwayatkan, Nabi –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: ”Barangsiapa mengucapkan
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
(Maha suci Allah dengan segala pujian bagiNya) niscaya ditanamkan baginya sebatang pohon kurma di surga.” (HR. At-Tirmidzi dll dengan sanad sahih)

Beliau –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda pula: “Barangsiapa mengucapkan
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ
.dalam sehari seratus kali, Niscaya dihapus kesalahannya walau sebanyak buih (busa) dilautan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Beliau –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda pula: “Ada dua kalimat yang ringan di lisan, berat dalam timbangan dan mendatangkan cinta Ar-Rahman,
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم
(Maha suci Allah dengan segala pujian baginya, Maha suci Allah yang Maha agung). (HR. Bukhari dan Muslim)

Memperbanyak Istighfar
Allah Ta’ala memuji orang yang melakukan istighfar:“Dan orang-orang yang selalu beristighfar pada waktu sahur (penghujung malam).” (QS. Ali Imraan: 17)

Ibnu Umar –Radhiallahu ‘Anhuma berkata: “Dalam satu majelis kami menghitung Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam sebanyak seratus kali mengucapkan
رَبِّ اغْفِرْ لِىْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ
.(Wahai Rabb, ampuni dan terimalah taubat hamba, sesungguhnya Engkau adalah Maha Menerima taubat dan Maha Pengampun.)” (HR. Imam Ahmad dll dengan sanad sahih)

Bershalawat dan Salam Kepada Nabi Muhammad –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam dan Keluarganya
Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam pernghormatan kepadanya.” (QS. Al-Ahzaab: 56)
Rasulullah –Shallallahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: “Barangsiapa bershalawat kepadaku sekali maka Allah bershalawat kepadanya sepuluh kali.” (HR. Muslim dll)

Inilah diantara amalan untuk memakmurkan Ramadhan dan masih banyak lagi amal kebaikan lainnya, semoga Allah Ta’ala mempermudah kita untuk mengamalkannya, amien...www.hatibening.com

Wednesday, September 5, 2007

Frenster@myspace

Menyampaikan kebenaran adalah kewajipan setiap Muslim .Jadi saya brharap artikel saya ini sedikit sebanyak dapat menyampaikan kebaikan kepada saudari-saudari muslimah yang belum mengetahuinya………

Myspace , ataupun Frenster ialah sebuah laman web yang digilai remaja-remaja masa kini. Terutama remaja muslimah, tidak patutkah kita berasa malu dan sedih , diatas sikap remaja muslimah kita yang semakin tengelam kedalam jerumus maksiat??.Hanya kerana takut digelar ‘Ketinggalan Zaman’…
Tidak dinafikan memang ada kebaikan di sebalik keburukan myspace mahupun frenster.Tetapi, jika dibandingkan dengan keburukannya, kita akan merasa amat terkilan sekali.

►Apakah kebaikan dan keburukan di dalam frenster dan myspace??

♥Baiklah sebagai permulaan tajuk saya ini , biarlah saya sebutkan kebaikan frenster atau myspace.Terus terang saya katakan , mengikut pengalaman silam saya , yang pernah menyertai website ini , tidak saya merasakan peningkatan dalam diri saya.Malah banyak perkara yang membawa diri saya terjerat dengan gejala sosial dan maksiat.
Tetapi mungkin saya silap , kerana ada diantara mereka yang menyertai website ini berubah menjadi baik. Baik dari segi pakaian , tutur kata , juga sikap mereka yang dulunya sosial..Mereka juga belajar untuk memilih kawan yang baik.
Tetapi bagaimana pula dengan kawan kita, yang dulunya bertutup litup , sopan santun , menjaga batas pergaulan , tetapi kini berpakaian seperti telanjang , bergaul bebas dengan yang bukan ajnabi mereka??..Wajarkah perkara sebegini tejadi keatas diri mereka? , sedangkan dalam

Firman Allah -

وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلاً - سورة الإسراء: 32)◦

“dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
Dan :-
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ ..... - سورة النور: 31)◦

“dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang (biasa) nampak daripadanya dan hendaklah menutupkan kain tudung ke dada mereka”



Firman Allah ini sudah cukup menyedarkan kita bahawa , Allah memang begitu benci kepada umatnya yang mendekati juga melakukan perkara zina.Maka kita sebagai umatnya , seharusnya menjauhi laragannya.

Namun demikian syaitan punyai pelbagai cara dalam menggoda manusia.Dan yang sering dipakai adalah dengan memanafaatkan hawa nafsu , yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan.Bebagai-bagai persoalan yang dilegarkan dikepala manusia , agar terkeluar dari garis yang telah ditentukan Allah.

Saudari muslimah yang dirahmati Allah
Ramai yang beranggapan inilah cara termudah untuk mereka berhubung dengan teman lama , mencari teman baru , dan juga tempat dimana mereka dapat melihat gambar teman-teman mereka.Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa , mempamerkan wajah dan tubuh badan mereka itu adalah berdosa juga termasuk dalam perbuatan zina.

Jika itu yang dijadikan alasan , bukankah sekarang sudah mempunyai cara yang lebih cepat dan memudahkan??...Iaini dengan mengunakan khidmad ringkas SMS dan MMS.Mengapa tidak mereka gunakan cara yang lebih mudah ini??
Ataupun mungkin disebabkan mereka takut kehilangan teman lelaki? , atau mungkin kerana mereka teringin menjadi model sambilan??atau........
Adakah mereka merasa bangga dengan peminat-peminat lelaki mereka??,dan adakah kerana mereka bangga dengan wajah mereka yang cantik?
Lalu dipamerkan....???!!!..Tidakkah kita merasa malu mempamerkan wajah dan tubuh badan kita ke seluruh dunia??

Namun demikian , mengapa masih ada yang menimbulkan persoalan lain sebagai alasan kedua mereka?!.”bagaimana jika kawan aku tidak ada telefon bimbit , ataupun telefon die tak boleh gune MMS??....Syaitan memang tidak pernah putus asa untuk merosakkan anak Adam..ada saia persoalan yang dimainkan , untuk menjadikan manusia lalai dan sekali gus terjerumus ke dalam maksiat..
Wahai teman-teman sekalian gunalah cara apapun untuk berhubung dengan teman-temanmu , yang penting maruah diri kita , batas pegaulan juga aurat haruslah terjaga . Hindarilah diri kita dari fitnah , bantulah sesama kita untuk membina diri Muslimah Sejati....

Sedarlah bahawa perbuatan kita mencerminkan kesopanan diri kita . Dan orang yang sopan tidak mendatangkan kecelaan pada dirinya..Sedarlah malu adalah sifat yang perlu ada dalam diri kita sebagai seorang muslimah.


Muslimah-muslimah yang dikasihi Allqh ,
Kecantikan kita hanya sementara dan pinjaman dari yang Esa semata-mata.Seharusnya kita perlu menjaga wajah , aurat dan aib kita sebagai seorang perempuan muslimah . Mempamerkan nya kepada lelaki yang ajnabi , adalah amat dimurkai Allah , dan menjadi salah satu dari perbuatan zina.


☺Akhir bicara ,
Terdahulunya saya,pohon seribu kemaafan andai artikel ini kurang memuaskan . Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah , dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri...
Semoga kalian sendiri menyedari bahawa demikian halusnya cara yang digunakan syaitan.Sehingga kita terjerumus dalam dosa tanpa sedar.Maka hendaklah kita,terutamanya sesama kita saling mengigati dan menasihati agar dapat membantu teman-teman kita membina diri sebagai Muslimah Sejati.Jangan biarkan mereka mendapat laknat Allah, kesihanilah mereka , selamatkan para wanita muslimah , jangan biarkan mereka menjerumuskan diri mereka kedalam kebinasaan yang meyengsarakan , baik didunia mahupun akhirat .♥

WallAh’alam....
☻-maya-yaman




Search in the Quran