Wednesday, September 5, 2007

Risalah Kepada Muslimah

RISALAH KEPADA MUSLIMAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam.Selawat dan salam semoga tercurah kepada Nabi Muhammad sekeluarga,sahabat serta pengikutnya yang istiqamah sehingga hari kiamat.

Ukhti Al-Muslimah……..
Musuh-musuh islam tidak henti-henti berusaha untuk menjauhkan muslimah dari Dien Islam yang haq ini. Di setiap tempat dan kesempatan mereka selalu melontarkan tuduhan-tuduhan keji yang ditujukan kepada wanita-wanita mu’minah yang suci.

Mereka mengatakan bahawa: “Islam adalah penjara bagi wanita”, kerana wanita dalam islam wajib tetap di rumah,tidak diizinkan keluar kecuali ada hajat.Mereka berkata: bukankah “Menetapnya wanita di rumah melamahkan ekonomi sesuatu Negara.” “poligami adalah perbuatan haiwan”. “penceraian adalah suatu kezaliman”. “wanita –wanita muslimah itu sebenarnya sakit,kulitnya penuh dengan kudis dan panau,oleh sebab itu mereka memakai hijab untuk menutupi aibnya”.

Ukhti Al-Muslimah……...

وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
سورة البقرة : 168
“Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan,sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata”

Janganlah kamu mendengar kata-kata mereka,kerana mereka adalah penganjur yang berdiri di tepi neraka jahannam,dan mengajak serta mengheret ke dalam api neraka jahannam. Firman-Nya:

إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِباً
سورة الكهف: 5
“Mereka tidak mengatakan( sesuatu) kecuali dusta”

Ukhti Al-Muslimah……
Tahukah kita apa yang mereka kehendaki????? Merka hanya menghendaki satu perkara, iaitu menghancurkan agama islam dan merosak generasi islam. Mereka menghendaki agar wanita-wanita muslimah yang suci keluar dari benteng dan rumahnya.Mereka menghendaki agar muslimah dijadikan barang dagangan yang murah dan hanya menjadi pemuas nafsu syahwat..
Mereka menipu kita,agar kita keluar dari syurga..sebagaimana iblis mengeluarkan Adam dan Hawa dari syurga.
Allah s.w.t hanya menghendaki darimu kesucian,kemuliaan dan keluhuran.
Firman Nya:
( وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ ) (سورة المائدة: 6)
“Akan tetapi Allah hendak mensucikanmu dan meyempurnakan ni’matnya kepada mu"

Semoga Allah menunjuki kita ke jalan yang lurus, ameen........

والله أعلم

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Search in the Quran